Aku berjalan-jalan di sebuah lembah ketika fajar
Menyinsing mengungkap rahsia keabadian,
Dan di sanalah sungai itu, mengalir pada jalurnya,
Bernyanyi, mengundang, dan bercakap:
Kehidupan bukanlah sekadar sebuah kegembiraan;
Kehidupan adalah keinginan dan penentuan tujuan.
Kebijaksanaan tidak berada di dalam kata-kata;
Kebijaksanaan adalah makna di balik kata-kata.
Kebesaran tidak berada pada jabatan tinggi;
Kebesaran diperuntukkan bagi dia yang menolak simbol jabatan.
Seorang manusia tidak menjadi mulia kerana keturunan;
Berapa banyak bangsawan dari keturunan pembunuh?
Tidak semua orang yang dibelenggu itu lemah;
Pada saat tertentu, rantai belenggu lebih kuat daripada seuntai kalung.
Syurga tidak berada di dalam pertaubatan;
Syurga berada di dalam hati yang bersih.
Neraka tidak berada di tengah penyiksaan;
Neraka berada di dalam hati yang kosong.
Kekayaan bukan hanya ada di dalam wang;
Berapa saja para musafir adalah orang-orang terkaya di seluruh manusia?
Tidak semua fakir bernilai hina;
Kesejahteraan isi dunia ada di dalam sepotong roti dan
Sehelai selimut.
Kecantikan tidak berada pada wajah;
Kecantikan adalah cahaya di dalam hati.
Kesempurnaan bukan dari kemurnian jiwa;
Kebaikan bisa ada di dalam sebuah dosa.
Inilah yang disampaikan gemersik sungai pada
Pepohonan di sepanjang tepinya;
Yang dinyanyikan oleh sungai mungkin saja adalah
Sebahagian dari rahsia-rahsia lautan...
~Gibran~